Monday 25 March 2013

Mutiara Hati


tazkirah


REFLEKSI KESELURUHAN TUGASAN



Alhamdulillah, saya amat bersyukur  kepada Allah SWT  kerana limpah dan kurnianya  telah menganugerahi kudrat  kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini adalah berkaitan dengan  pembinaan blog yang berhubungkait dengan silibus kami dengan subjek PP  Berbantukan   Komputer ( BMM3106). Sewaktu penerimaan tugasan ini,  saya rasa amat berat dan tertekan kerana tugasan ini  berkaitan   dengan  pembinaan blog yang melibatkan penguasaan ICT ,apatah selama ini saya kurang kemahiran dalam penguasaan ICT.

Taklimat  mengenai tugasan dan pelaksanaannya telah disampaikan oleh pensyarah pembimbing bagi subjek  tersebut iaitu En.Bukhari B.Shafie sebaik sahaja tugasan diterima. Hal ini demikian kerana penjelasan yang terang penting untuk mendapatkan pemahaman yang baik tentang permintaan tugasan. Pemahaman adalah sangat penting bagi mengolah dan menghasilkan kerja yang berkualiti. Hal ini demikian kerana fikiran kita akan menjadi bercelaru dan keruh sekiranya tidak jelas dengan permintaan soalan.

Sebagai seorang pelajar, sememangnya saya tidak pernah lari daripada berhadapan dengan masalah dalam menyiapkan tugasan ini. Antara masalah yang saya hadapi ialah dari segi perancangan masa yang kurang efisien.untuk berinteraksi dengan rakan –rakan kerana mereka juga terbeban dengan tugas-tugas di sekolah. Saya terpaksa melakukannya secara kendiri. Alhamdulillah setiap masalah ada penyelesaiannya. Saya telah merujuk kepada rakan yang mahir dalam ICT dan pensyarah pembimbing, beliau turut memberi panduan. Semua ini memberi laluan yang mudah untuk saya melaksanakan tugasan pembinaan blog. Setiap arahan ‘posting’ bahan pembelajaran dapat dilaksanakan, dan tidak sukar untuk dilakukan.

 Jika dilihat Blog yang saya hasilkan tidaklah sehebat dan secanggih rakan yang lain,  tetapi saya amat bersyukur kerana dalam tempoh masa yang terhad terlaksana juga tugasan yang diberikan .Insaallah selepas ini akan mengemas kini blog ini dari masa ke semasa.
Tugasan yang seterusnya ialah pembinaan bahan  pembelajaran berbantukan komputer. Tugasan ini memerlukan pengetahuan tentang powerpoint.Saya berasa kurang bebanan dalam menyiapkan tugasan ini kerana telah biasa menggunakan powerpoint untuk pembentangan subjek-subjek yang lain.Tema yang diberi kepada kami ialah Alam Sekitar. Bahan-bahan yang dicari tersebut hendaklah dikategorikan mengikut folder dan sub-folder agar bahan yang dicari serta disimpan itu mudah untuk digunakan apabila diperlukan sebagai bahan bantu pengajaran dan pembelajaran. Adalah menjadi harapan, bahan saya ini tidak tersasar dan dapat memenuhi kehendak pensyarah pembimbing.